Lelah dalam perjalanan
Tercungap menghela nafas tegar
Langkah meninggal jejak
Tidak lebih seinci dari kesan semalam
Aku tetap gerak
Cucuh lagi entah untuk puntung keberapa
Pembakaran sia-sia
Yang pasti tidak memacu picu omboh
Untuk aku tambah maju serta laju
Aku tetap gerak
Peluh rintih ini bukti aku mahu kedepan
Tapak silam ini saksi aku cipta satu haluan
Jauh melenyap dari perlekehan
Bait-bait prejudis seorang pesangsi
Aku masih gerak
Tanpa sempat aku pertimbang
Jalan mana perlu tersimpang
Pedulikan semua
Hidup untuk mainan sendiri
Aku tetap gerak
2 comments:
biar lelah
jika akhirannya satu bahagia
Setia lelah pada bahagia yang masih belum dipandangan mata?
Pasti mengalah pada yang belum cukup tabah.
Post a Comment