Kau tahu?
Tanpa kau sedar
Hati yang segar mengosong itu mahu kau isi semula
Sama lelaki random tidak kau kira
Jadi kau pilih dia
Lelaki yang wujud untuk mengikis kudis bernanah
Melukis senyum pada muka
Kau tahu?
Kau mula gigih
Coba meng-sinkronais geri lelaki itu--
Cara dia pikir, kau ikut
Cara dia sebut,kau ikut
Cara dia tunduk, kau lutut
Tak begitu kalau hati tak tercuit
Tak begitu kalau rasa tak menjemput
Kau tahu?
Lelaki yang sedang kau damping itu sebenarnya
Punya hebit memamah ratah hati kecewa
Menghidang kasih yang tak terbelahkan
Sebelum melambung-lambung hati yang luka
Sama menanti tenangnya air
Untuk kembali dihambur-kocakkan
Itu tidak waras
Dan kau tahu sebenarnya?
Bengisnya dia
Dinginnya dia
Itu kerana dadanya sudah bobos
Isinya sudah dimamah-ratah seorang gadis
Yang nyata zalim lebih dari dirinya sendiri
Tidak mungkin dia peduli
Tidak ada lain
Cuma yang terzalim itu
Kau didekat cuma buat teman sesama rasanya.
Dia mahu bikin kau kuat
Menyelamat engkau dari terus melarat
Engkau dan dia
Aku tahu.
Sama-sama innesen sebenarnya
1 comment:
Kira kedua duanya pernah ada kisah silam masing2.Jadi sudah saling memahami situasi.
Post a Comment