Aku yang bagai ditamadunkan
Dogma baru yang memikat
Tidak lagi menyembah lembu
Aku punya tuhan baru.
Dia matari
Yang memimpin tangan
Ke dunia yang sebelum ini
Aku berpaling muka darinya
Sinarnya yang membawa aku
Ke dalam satu atmosfera jiwa
Di sini nafas aku jadi laju
Aku tahu nafsu sedang meringkik girang
Aku cinta puisi
Aku punya belog
Dan
Ini dunia baru aku
Terima kasih Gadis Garang.
6 comments:
Teruskan langkah pertama.
Teruskan berkarya, kawan.
Dunia 'ini' memang kita yang punya. Bermain dengan aksara dan meluahkan apa yang mahu dikongsi.
:)
KonspiMaker - Ya, kalian langkah pertama aku :)
Felly - Terima kasih kawan. :)
nak jugak komen ! ehm . teruskan usaha anda . kekeke
Dik, sini bukan tempat niaga, bawa benjo tu keluar.
kau jangan nak benjo sangat . kantoi ek org lain , kau aku cari ! *tendang
Post a Comment