Selalu lelah menjerkah langit
Pinta susuk opportuniti
Agar jatuh terus jatuh
Selalu aku.
Lalu yang terbentang bersugul
Yang terhidang meredut
Aku toleh ke atas lagi
Masih kosong.
Tunggu
--Bala
Pilih
--Bencana
Henti
--Celaka
Sepasang mata dan seorang aku
Tenung langit bicara bingit
Meminta minta hidup berserta rumit.
Mahu aku.
No comments:
Post a Comment