paksa atau rela
senyum menindas luka
aku mahu bertahan di sisi mu
walau kau bukan milikku
harapan ini memang menggilakan
hadir dengan sedikit simpati
hati menjadi pengemis kepada cinta
meminta minta yang sudah tiada
akan aku tanamkan semula kelopak jiwa
yang pernah aku sirami
semoga saja kau kekal subur disirami arjuna
yang pasti, bukan lagi aku
yang pasti, bukan lagi aku
maaf dan maaf
moga aku bertahan melakar senyum
menutup sesak deras sakit ini
izinkan aku sentiasa di sisi mu
walau kau bukan milikku
13/07/2015
02/07/2015
SEPERTI SEMALAM
Jika kita dibenarkan sekali lagi menjadi seperti semalam, ingin aku ubah rentak hambar yang memamah hati kau sedikit demi sedikit menjadi luka terdalam yang tak pernah aku sangkakan ada.
Manusia dan kesilapan sering berpimpin tangan dalam mengharungi kehidupan. Hari ini aku jatuh. Aku di ketawakan yang dinamakan penyesalan, dan kesilapan sudah berlari jauh meleraikan pegangan tangan. Selama aku alpa, aku sangka kau bahagia, dan akan terus bahagia. Aku percaya kau bahagia.
Aku mahu teruskan kehidupan, tanpa rasa sesal yang berkubur selamanya di atas jalan kita. Masihkah kau mahu menerima? Atau sememangnya sudah terlalu mustahil untuk semalam berputar semula?
Dan antara ribuan persoalan, ada satu yang paling aku tertanya, kenapa kita takkan lagi menjadi seperti semalam?
Aku mahukan peluang.
Manusia dan kesilapan sering berpimpin tangan dalam mengharungi kehidupan. Hari ini aku jatuh. Aku di ketawakan yang dinamakan penyesalan, dan kesilapan sudah berlari jauh meleraikan pegangan tangan. Selama aku alpa, aku sangka kau bahagia, dan akan terus bahagia. Aku percaya kau bahagia.
Aku mahu teruskan kehidupan, tanpa rasa sesal yang berkubur selamanya di atas jalan kita. Masihkah kau mahu menerima? Atau sememangnya sudah terlalu mustahil untuk semalam berputar semula?
Dan antara ribuan persoalan, ada satu yang paling aku tertanya, kenapa kita takkan lagi menjadi seperti semalam?
Aku mahukan peluang.
30/06/2015
PERGI, KEMBALI.
Pergilah sayang, semoga dengan perpisahan ini menjauhkan kita dari kegelapan. Kejarlah cahaya yang kau idamkan.
Aku percaya aturan tuhan. Biarlah aku sendirian. Kerna kau adalah suatu pengajaran, yang takkan aku buang, aku titip sebagai panduan.
Cinta kita adalah satu kesilapan, tentang aku yang berangan angan inginkan suatu kebahagiaan, dan kau adalah mangsa kepada seorang lelaki yang tidak pantas merasakan cinta.
Semoga saja kau tidak mengulangi kesilapan yang sudah tepu membeku membentuk penyesalan, kita.
Ayuh kembali kepada tuhan.
27/06/2015
SESAL
bicara tentang magis yang gagal
bagaimana kebahagiaan itu seharusnya mudah
aku masih silap
silap menilai hati perawan
mahunya pun sekali aku
dan tergapai gapai di sebalik ketabahan
lalu meniup pergi magis magis bahagia
yang kusangkakan cukup mampan
dan jika ia adalah kebahagiaan yang terjeda
aku meminjam harap
mungkin waktu sedang membaiki ralat
antara kita
izinkanlah semula
cinta.
bagaimana kebahagiaan itu seharusnya mudah
aku masih silap
silap menilai hati perawan
mahunya pun sekali aku
dan tergapai gapai di sebalik ketabahan
lalu meniup pergi magis magis bahagia
yang kusangkakan cukup mampan
dan jika ia adalah kebahagiaan yang terjeda
aku meminjam harap
mungkin waktu sedang membaiki ralat
antara kita
izinkanlah semula
cinta.
21/06/2015
SEBUAH KEYAKINAN TAHAP TINGGI DAN PERPISAHAN MUDAH.
Aku seorang lelaki yang pernah merasakan keangkuhan mutlak seolah olah aku sendiri yang menciptakan takdir, tentang bagaimana kehidupan aku harus dijilid, dengan siapa aku harus bersama, dan bagaimana harus sebuah pengakhirannya berlaku. Terlalu angkuh, aku jadi terlalu memikirkan tentang aku, semata.
Aku seorang lelaki mengaku rumit, kononnya memahami kerumitan seorang perempuan. Celaka, ia sebenarnya adalah dua liga yang berbeza. Jangan sesekali berani mengaku kau seorang lelaki yang memahami perempuan. Rupa rupanya selama ini aku bersama seorang perempuan tabah yang mereka reka bahagia. Perempuan kasihan yang selalu menginginkan kebahagiaan sebenar dari seorang lelaki, dari aku. Sungguh aku dibutakan oleh takdir yang aku cipta, bahawa dialah kebahagian infiniti, dialah segalanya buat aku. Benar, tetapi semuanya tentang aku. Sedangkan dia, terkapai kapai mencapai bahagia dari aku. Tiada imbalan setimpal.
Jika benar tanggapan aku, ada yang lebih penting dari kesetiaan, iaitu penghargaan, yang mana ia menjadi titik permulaan kepada sesuatu perpisahan yang mudah. Kesetiaan adalah suatu lanskap yang berlainan dari penghargaan dan sudah tentu awalan natijahnya juga berlainan, tetapi keduanya mungkin akan membawa natijah akhiran yang sama apabila ia tidak dapat dikecapi oleh perempuan, iaitu perpisahan. Biar aku hujahkan. Lelaki yang tidak setia sedar akan perlakuannya, sekali ia diketahui oleh perempuan ia akan menyebabkan shock dan dalam keadaan yang tidak bersedia dan masih mencintai. Percayalah, sesetengah perempuan masih mampu memaafkan. Tetapi, jika lelaki yang tidak tahu menghargai, mereka tidak sedar ini adalah ujian endurance buat perempuan. Mungkin bertahun lamanya. Dari merah menyala menjadi padam, dari hangat menjadi dingin, hambar, tawar. Wrong move lelaki, mungkin masih ada kemaafan tetapi sudah lupus perasaan. Dia sudah memutuskan, dia sudah bersedia, dia sedar dia perlu move on.Ini yang aku katakan perpisahan yang mudah. Tak ada lagi peluang, tak ada lagi kata rayu. Dia yang kau anggap hidup mati kau dah tak wujud. Maka, aku putuskan kesetiaan sahaja tidak cukup.
Lelaki, ini adalah warkah penyesalan. Jangan kerana kau bahagia, kau jadi yakin dia juga bahagia. Selalulah selak hati pasangan kau, mungkin ada lambakkan luka dari perlakuan kau sendiri. Waktu itu maaf kau bukan lagi harga yang setimpal. Merayulah semahu kau. Dia tidak akan menoleh lagi.
Siapa je yang tak pernah ada penyesalan dalam hidup. Malah lelaki angkuh seperti aku.
Lelaki, ini adalah warkah penyesalan. Jangan kerana kau bahagia, kau jadi yakin dia juga bahagia. Selalulah selak hati pasangan kau, mungkin ada lambakkan luka dari perlakuan kau sendiri. Waktu itu maaf kau bukan lagi harga yang setimpal. Merayulah semahu kau. Dia tidak akan menoleh lagi.
Siapa je yang tak pernah ada penyesalan dalam hidup. Malah lelaki angkuh seperti aku.
14/12/2014
FOR A MINUTE THERE, I LOST MYSELF.
1
Lucu sebenarnya bila dunia dihidangkan dengan warta-warta yang mengheret manusia mundar mandir menggonggong idea, kecaman malah hukuman secara bertelanjang ni. Dari apa yang disentuh sehingga apa yang diterajang, rasionalnya; kepuasan(semata).
2
Aku adalah seorang yang sedang mentertawakan narrator dengan Naratifnya tentang kewujudan manusia yang harus saling menjadi benar, sepatutnya begitu dan begini. Ketawa, pada masa sama benci adalah hal yang aneh dan tidak sync tapi lebih aneh aku dapat blend keduanya.
3
Sebahagian masih mengekalkan definisi manusia tu sendiri, dan bahagian lainnya cuba menjalankan tugas-tugas yang forbid dilaksanakan oleh seorang manusia. Well, mungkin tuhan sudah boleh cuci tangan dan menonton ciptaanNya yang maha lucu itu.
4
Sedang mereka cuba menjadi tuhan kepada pemikiran yang tanpa ada alasan relevan untuk dipertikai, bukankah kita juga telah/masih melakukan hal yang sama?
5
Aku rasa macam nak kata "well said" kat diri sendiri je sekarang ni,
6
And then aku konpius nak relate nombor 1 sampai no 6 macam mana, sama konpius macam mana nak menyalahkan khalikah judgemental tanpa perlu judgemental.
Lucu sebenarnya bila dunia dihidangkan dengan warta-warta yang mengheret manusia mundar mandir menggonggong idea, kecaman malah hukuman secara bertelanjang ni. Dari apa yang disentuh sehingga apa yang diterajang, rasionalnya; kepuasan(semata).
2
Aku adalah seorang yang sedang mentertawakan narrator dengan Naratifnya tentang kewujudan manusia yang harus saling menjadi benar, sepatutnya begitu dan begini. Ketawa, pada masa sama benci adalah hal yang aneh dan tidak sync tapi lebih aneh aku dapat blend keduanya.
3
Sebahagian masih mengekalkan definisi manusia tu sendiri, dan bahagian lainnya cuba menjalankan tugas-tugas yang forbid dilaksanakan oleh seorang manusia. Well, mungkin tuhan sudah boleh cuci tangan dan menonton ciptaanNya yang maha lucu itu.
4
Sedang mereka cuba menjadi tuhan kepada pemikiran yang tanpa ada alasan relevan untuk dipertikai, bukankah kita juga telah/masih melakukan hal yang sama?
5
Aku rasa macam nak kata "well said" kat diri sendiri je sekarang ni,
6
And then aku konpius nak relate nombor 1 sampai no 6 macam mana, sama konpius macam mana nak menyalahkan khalikah judgemental tanpa perlu judgemental.
24/02/2014
KE DALAM
Once kau cuba poke perkara perkara yang deep(soal future misalnya) , akan ada suatu perasaan seperti munculnya raksasa berupa kraken memeluk tubuh kau menggunakan satu dari lapan tentacle-nya hingga remuk segala temulang, then kau dibiar terawang dalam satu lautan penuh dengan persoalan, makin lama makin dalam. Kau biar tubuh longlai kau dibawa arus, sampai satu tahap kau rasa seronok hingga tak ada lagi rasa mahu lihat sinar matari.
Tapi biasalah hidup, "Keretakkan berlaku di satu-dua tempat"
Buka mata(hati), lepas tu kau okay dah.
Tapi biasalah hidup, "Keretakkan berlaku di satu-dua tempat"
Buka mata(hati), lepas tu kau okay dah.
17/01/2014
LELAKI JUGA SEORANG PERATAP
sebalik kewajaan
tersembunyi kantung kehibaan
ada ketawa mengkabur depressi
ada ego menutup sunyi
lelaki juga seorang peratap
di tubuh wajanya juga
tertanam sekeping hati.
telanjangkan
maka mengalirlah.
tersembunyi kantung kehibaan
ada ketawa mengkabur depressi
ada ego menutup sunyi
lelaki juga seorang peratap
di tubuh wajanya juga
tertanam sekeping hati.
telanjangkan
maka mengalirlah.
15/01/2014
!@!#$%^$ - PART 2
A loser is something like;
"All I can do is write about it"
Then, it will reach your attention through;
"Somehow."
"All I can do is write about it"
Then, it will reach your attention through;
"Somehow."
11/01/2014
KAWAN
Seperti biasa, malam takkan pernah benarkan saya mendampingi lena dengan aman. Saya cukup rimas kepada malam yang berkarenah, itu tak ubah seperti terpaksa melayan anak kecil yang memegang coklat ditangannya, tak kisahlah siapa/apa yang bakal comot, tetap saya yang harus membersihkannya. Maka, kerimasan yang paling muktamad pada malam ini berlaku di kotak pemikiran. Ada satu skrin projektor yang tembakkan cahayanya saja sudah cukup menjengkelkan, dan saya terpaksa menonton imejnya tanpa popcorn sebagai kunyahan(tabiat menonton movie). Tajuk imej pada malam ini adalah kawan.
Kawan, saya ramai kawan, realiti mahupun virtual, yang jauh malah semeja, beberapa kali gaduh, dua kali jatuh cinta dan entah tak terkali kongsi ketawa. Selama momen itu berlangsung, tidak pernah timbul keraguan atas nama kawan. Sehinggalah saya sendiri merasakan posisi saya sebagai kawan, tidak cukup.
Barangkali imej pada malam berkarenah ini muncul ini disebabkan perjumpaan semula kami(geng giatmara) awal malam tadi. Saya merasakan sesuatu yang hilang. Seperti berada dikelompok strangers, kaku, hambar, dan ketika itu saya belum lupa kami pernah hidup sebilik. Saya kira situasi ini hanyalah pencetus kepada selembar lagi kekusutan yang bakal saya rasakan beberapa detik lagi. Saya mula menyalahkan diri atas persoalan yang saya sendiri cipta. Apa relevannya seorang kawan andai tak dapat pastikan keakraban itu kekal sama?
Sempat saya mainkan lagu dari band Plague Of Happiness yang berjudul Kawan di laman youtube, demi persoalan yang mengganggu proses tidur ini, dan saya cuma dapat menghadam irama Skanya sahaja tanpa benar benar mengerti relevannya seorang kawan seperti itu, seperti apa. Apa perlu saya terbang ke barat selongkar rak rak yang bakal memuntahkan segala jenis lagu bermotifkan kawan? Sia sia saya kira. Saya tahu setiap persepsi akan terlihat kontra, tetapi secara radikalnya tetap sama. Kawan adalah perkara yang baik baik, dan itu bukan jawapan untuk jamahan kepuasan saya.
Jika ini norma, maka proses kawan itu sangat mudah. Keakraban tidak kekal pada orang yang sama, bergantung pada jarak, dan masa, juga cita. Apa yang sedang saya mahu lakukan adalah cuba berlaku adil pada semua, berada di beberapa kelompok kawan pada masa yang sama, dan itu membuatkan saya merasakan posisi saya sebagai kawan, tidak cukup.
Jadi What defines a friend? Selama punya kawan, yang cuma sempat singgah di benak bersawang saya adalah, kita sendiri dan sedikit rasa seperti proses tukar baju. Mungkin betul saya sendiri belum sedia hadapi jika ini norma atau saya sendiri sengaja penuhkan malam dengan persoalan yang entah apa apa.
kawan
ketawa semalam sudah tersisa
berselerakkan di lantai masa
akan aku titipkan satu rasa terakhir ini
buat semai semula pengertian kita
menjadikan malam terlupa muram
menjadikan aku tanpa kelam
menjadikan kita yang semalam
07/01/2014
#$@%!&*
hari ini
saya bakal tempuh satu lagi hari yang menyusahkan
di mana saya terdorong untuk membaja bunga kepunyaan orang
menyaksikan mekarnya yang mempersona
merenung warnanya yang mengkhayal minda
malah menghidu harumannya meruntun jiwa
namun bunga itu masih tetap kepunyaan orang
moga sahaja saya tidak terlanjur memetiknya. . .
-lelaki celaru
03/01/2014
KESURUPAN
Betul, kau adalah lagu lagu kebanyakkan yang kerap dimainkan di corong radio, terlalu kerap sehingga memaksakan bibir aku menutur setidaknya rangkap korus, diekori jemari yang tanpa sedar mula bergemalai di paha, serta dua kaki yang tadinya memaku, mula berhentak mengharmonikan rentak. . .
padahal aku benci.
padahal aku benci.
02/01/2014
POEM IS NOT A PROPHECY
poem, can be a very unpleasant experience for some
it's like how a crescent moon became such beautiful panorama
while there's a man sat anxiously
disagree with the view he faced
were waiting for full moon arrival
cursed the owl
cursed the cloudy night
cursed everything that doesn't seems right
yet he still waiting
hopelessly
poem, is sometimes a source of doubt
filled with subjective view of dogma
we are an obscure eyes
who never picked the same clover
some preferred red
and some already chose blue
but we are all at the same field of blooming flowers
poem, is about thing you want to be right
poem, is fantasy created by the devil of thought
it's like how a crescent moon became such beautiful panorama
while there's a man sat anxiously
disagree with the view he faced
were waiting for full moon arrival
cursed the owl
cursed the cloudy night
cursed everything that doesn't seems right
yet he still waiting
hopelessly
poem, is sometimes a source of doubt
filled with subjective view of dogma
we are an obscure eyes
who never picked the same clover
some preferred red
and some already chose blue
but we are all at the same field of blooming flowers
poem, is about thing you want to be right
poem, is fantasy created by the devil of thought
01/01/2014
JILID KE 23
yang tersempurna
disadari hadirnya penuh dengan kecacatan
terlarut dalam satu putaran
mengorbit pada satu kepincangan
aku punya waktu semalam
semalam yang mengaduh
saat ia kegelapan dan menyesakkan
tanpa definisi jelas berupa soalan
tiada pertanyaan
ada semalam tentang cinta
ada semalam tentang cita
kesekiannya bersabda di jalanan
lalu di sisinya seolah asa bertepuk tangan
aku ini ruh yang mahu sempurna lewat jasadnya
tanpa sadar, sempurna manusia ada pada kepincangannya.
26/12/2013
SEKEJAP
Ada dua perpuluhan lima saat yang membahagiakan
Itu ketika aku berjalan di koridor dan terlihat kau tersenyum lewat jendela.
25/11/2013
OTAK AKU PUNYA HAL.
Sedang aku scroll down garis masa di FB, post post seperti semalam, kelmarin malah 3 tahun lepas tetap status status kebiasaan terpampang meriah. Tak cinta, politik, atau pun doa dalam sujud. Dan aku sedang takda hati berlegar di Twitter waktu tu. Sepatutnya aku dah tutup pc, dan cuba tidur. Entah kenapa aku rasa bangang malam ni. Mungkin sama bangang macam semalam, kelmarin dan 3 tahun lepas.
Sehinggalah ada satu pautan dikongsi oleh seorang kawan. Not actually friend, but friend. Ah, atas pengiktirafan FB, bukan aku. Lagipun itu dilema biasa dalam sosial website, kot. Maka aku betulkan gesture duduk sambil bakar rokok yang dari tadi melekap di bibir, dan aku tekan pautan tu.
"Right brain? Left Brain? Take the test". Aku tak tahu prof atau doktor neurologi mana yang bikin test ni. Pedulilah sahih atau tak.Tak kisahlah dia yahudi ke majusi ke, test ni dah buat aku lupa tentang perasaan bangang aku beberapa minit lepas. Jadi aku klik start dan tarik dalam dalam asap rokok.
Kalau aku imaginarikan, situasi ni boleh jadi real bila aku dapat duduk dalam satu bilik bersama seorang doktor. Ya, dia seorang makwe cun dan ditangannya memegang beberapa helai kertas. Seolah seorang pesakit psikiatri, dia hidangkan aku dengan beberapa soalan, entah 7 atau 8 soalan. Mungkin, itu sesi menjawab soalan paling tenang aku jalankan sambil menghabiskan sisa rokok yg hampir kepuntung dan makwe cun depan mata. Siap!
"You use your brain equally"
Untuk takat ni, aku dah seratus peratus pedulikan tentang kesahihan test ni, sama juga tentang perasaan bangang yang aku alami tadi. Dengan keputusan 47% Left Brain dan 53% Right Brain, aku tak puas. Tak accurate dengan selama ini aku percaya bahawa aku pengguna otak kanan. But, this result enlighten me something.
No wonder, i can talk about both logic and fantasy. Terperinci kadang remeh, intuisi kadang rasional. I am equal! Macam baru diangkat konkrit persoalan yang seumur hidup menekan dada, nafas yang dihela waktu itu adalah yang paling melegakan. Dan aku cemarkan lagi dengan sebatang rokok.
This result suddenly lead me to another theory. Menulis kiri, bergitar kanan dan menyepak bola keduanya. Memang most of aktiviti aku buat guna tangan kiri, tapi tak semuanya. Walaupun aku tak pasti teori fungsi otak kedua dua belah ini terhadap kekidalan yang cacat aku ni ada kena mengena atau tak, aku dah mula percaya otak aku both working equally. Mungkin, kalau aku buang kemalasan aku ni dan mula praktikkan melukis dengan kedua belah tangan atau bermain drum dan keyboard at the same time, aku akan masuk reality show akan datang
Ah, tak kisahlah otak mana pun kita pakai, kebangangan tetap masih berlegar di ruang FB. Sama macam aku rasa tadi, semalam, dan 3 tahun lepas. Pasal, bukannya aku tak pernah tergolong dalam kebangangan tu.
Tapi, nasib baik jugalah aku ada otak.
08/10/2013
TABU
Apa ia seakan tabu apabila kehendak dan cita tidak selalu memurnikan jalan jalan yang kau cipta dengan asa yang masih kau sisakan demi mencapai bahagia pada alam seketika ini?
25/09/2013
PEREMPUAN YANG CUMA SATU PERSINGGAHAN
pertama kali aku ingat
kau perempuan yang keseorangan
sedang ingin mencambahkan kebahagiaan
di pinggir tasik jernih penuh silam
sambil matamu penuh dengan tetesan
dan ketika itu aku mampir
sedang dalam satu tujuan
bagai disihirkan aku
terjelopok di dakapmu
hanya kerna senyum mulus
penuh rasa kasihan
penuh rasa kesunyian
kita berpimpinan tangan
meniti sisa sisa kesialan
yang pernah kau rasai
kau kongsi, kau beri
buat aku, ubati
dan ketika itu aku
masih sedang dalam satu tujuan
tatkala genggam masih belum mahu dileraikan
kau tersentak dengan pandangan lahirmu
pada reflek air tasik jernih itu
yang ada cuma kau, tanpa aku di sisi
sedarlah
aku, cuma terwujud dari empati
yang sempat kau imbaskan dari masa lalumu
aku, secara realis sudah lama berlalu dari situ,
maaf jutaan maaf,
aku lelaki yang penuh bersimpati
tapi tujuanku bukan kamu. . .
13/09/2013
RIVAL
Seorang lelaki, daya, serta asa
Sedang bergelanggang
Di atas batuan simetri yang tak putus putus menggarit langit
Lalu mengintip si malaikat di celahan robeknya.
Membawa kalung, sedia menyarung
Sehingga antara satunya
Tetap berapungan
Maka yang lainnya
Harus rela didakap graviti
Sedang bergelanggang
Di atas batuan simetri yang tak putus putus menggarit langit
Lalu mengintip si malaikat di celahan robeknya.
Membawa kalung, sedia menyarung
Sehingga antara satunya
Tetap berapungan
Maka yang lainnya
Harus rela didakap graviti
07/09/2013
BINTANG PALING MALAP
Bintang terpaling malap
Tika cahayamu tak memantul di biru laut
Tika si nakhoda membangsatkanmu
Gara gara haluannya terpesong berpandukanmu
Tika itu aku, sedang menatapmu
Sayang untuk berkelip mata berkaca
Bimbang malap mu tidak ku lihat lagi
Kemudian aku sahut
Andai engkau terpaling malap
Berarti engkau sedang bersedih
Atau engkau sudah tak tergapaikan langit
Sepi.
Bintang terpaling malap
Masih ada aku menatapmu
Mata berkaca ini takkan ku kelip
Takut
Biar terhanyut di gelanggang sepi
Biar terjerumus mendongak langit
Bintang terpaling malap
Tak seorang pun mampu menggapai mu
Itu harga yang bakal bisa
Buat engkau bersinar lagi.
Tika cahayamu tak memantul di biru laut
Tika si nakhoda membangsatkanmu
Gara gara haluannya terpesong berpandukanmu
Tika itu aku, sedang menatapmu
Sayang untuk berkelip mata berkaca
Bimbang malap mu tidak ku lihat lagi
Kemudian aku sahut
Andai engkau terpaling malap
Berarti engkau sedang bersedih
Atau engkau sudah tak tergapaikan langit
Sepi.
Bintang terpaling malap
Masih ada aku menatapmu
Mata berkaca ini takkan ku kelip
Takut
Biar terhanyut di gelanggang sepi
Biar terjerumus mendongak langit
Bintang terpaling malap
Tak seorang pun mampu menggapai mu
Itu harga yang bakal bisa
Buat engkau bersinar lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)