22/09/2012

SEKADAR CUMA

Aku memetik gitar 
Bukan kerana mahu disanjung di atas pentas
Aku belajar melukis
Bukan sebab mahu lukisan itu digalerikan
Aku menyepak bola
Tak bermaksud mahu berada di arena sukan

Taksub cintakan kepelbagaian
Aku mahu jadi pelangi
Tidak kekal dengan satu warna
Aku tamakkan kemahiran

Disetiap mana yang aku cuba
Bukan mahu menjadi hebat
Sekadar tahu
Cukup buat aku puas

Aku memang begitu
Sekadar cuma untuk sesuatu...


2 comments:

Felly Sophia said...

Mencuba sesuatu yang baru tu bagus, kawan. :)

Unknown said...

Kan? Beraktiviti tanpa had ! :)