Bodoh
Dua satu tahun aku hidup
Baru kenal apa, mana, bila bebas
Hikayat yang sudah lama terbabas
Cuba kembali kelampau aku
Zaman gelumang maung tanah
Becak selut aku redah
Serba tiada rasa gundah
Tidak erti apa masalah
Waktu itu,
Aku pemerintah, aku raja
Minta apa saja
Suruh walaubagaimana
Dikekang tetap bersahaja
Bila nombor bertambah lagi
Aku mula terasa disekat
Hati menempelak aku bersalak
Mahu bebas dari kuasa mutlak
Berani bercakap guna hak
Gelodak jiwa berontak
Sekarang
Kunci emas sudah ditangan
Kuda sudah lepas dari pingitan
Pergilah aku membebas diri
Cari hidup cara mandiri
Waktu ini
Aku mahu aku cari
Aku suruh diri sendiri
Aku arah tiada yang kemari
Aku malas tak mampu berdiri
Beginikah rasa bebas ?
Terkebil aku diam membatu
Tangan mula menongkat dagu
Mana hilang keterujaan ?
Mana pergi keghairahan?
Jadi mana bebas ?
Bodoh
Dua satu tahun aku hidup
Baru kenal apa, mana, bila bebas
Hikayat yang sudah lama terbabas
Aku yang lampau itu bebas !
1 comment:
Banyak lagi yang kau belum cari. Hidup penuh dengan kembara.
Post a Comment