Selak hari baru
Ianya seawal 6.00pagi
Ketika belumpun mentari menjengah langit
Beburung belum meninggal sarang
Embun belum habis tertitis
Hanya hari baru
Isinya tetap sama
Sudah dikafankan rasa malas
Habis dinisankan sampai teras
Keterpaksaan membuka mata
Kelangsungan hidup terasa celaka
Masih belum sampai
Dari satu jadi dua
Dari dua membawa ketiga
Tiada masa mahu berdiskusi
Semua jadi hilang toleransi
Ini lagi satu
Si buncit tersandar dikerusi beroda
Mengarah mengerah
Mahu lahir insan produktif
Alasan cipta untung sendiri
Not kertas punca kuasa
Yang terpaksa jadi rela
Yang keras jadi perca
Ruang yang penuh desakkan
Medan perang mencari makan
Kenapa melembukan diri untuk si lembu ?
Apa yang dia galas ?
Mana pergi rasa belas ?
Dia yang sepatutnya menjadi cermin
Sayang memantul mimik yang tiada
Tahu-tahu matahari mahu pergi lagi
Pulanglah membuang lelah
Matikan butang gerak
Pastikan esok tidak lemah
Untuk dihidupkan semula
Ya
Rutin seorang robot
Tiap hari sama
SAMA...
No comments:
Post a Comment