Menyatu sama debu dan kotoran.
Selesa seolah punya talian.
Aku entiti mikro
Tepok kaki untuk berdiri, terkulai tangan mahu digenggam.
Mengekal pesimis merenjat saraf
Aku entiti mikro
Sedaya upaya mengredusi degup nadi dari terus memati.
Pinta sedikit masa lagi.
Aku entiti mikro
Yang terlantar bogel.
Hina yang tak dihina, wujud untuk tidak diperlihat
Aku entiti mikro
Kadang hinggap pada rongga mimpi.
Berilusi dalam mencari solusi.
Aku entiti mikro
Berduniakan kekhuatiran.
Gentar pada yang dinama 'susah'.
Kekal tidak usah.
Aku entiti mikro
Tanpa berjasad meraba diri menghafaz identiti
Makanya terdiam ketandusan impi.
Aku entiti mikro
Berterbangan pergi
Ditiup sinisan deras wajah-wajah pemeras cita
Aku entiti mikro
Yang tak terlihatkan
Melambai sayu mahu terwujudkan.
No comments:
Post a Comment