02/04/2013

KETIKA TAK LAGI

  Ketika tak lagi mampu menari ditiang tiang goyang. Ketika tak lagi ringan dibibir mengukir senyum riang. Hidup, senang, tapi untuk bahagian sialannya, lebih senang. Aku lihat orang senang, tapi dia sendiri rasa susah, aku lagi payah. Woi, kau tengok jalan aku, apa ada? Cuma gema, tapi aku susur sambil bersiul siul selamba. Celakakan? Hidup, satu keterpaksaan. Aku dan kau, sebagai peminjam yang tak pernah minta untuk meminjam. Pengabdi jalang yang merangkak mengheret tubuh ke jalan pulang. Jadi, menarilah biarpun tiang itu sedang roboh merapuh. Senyumlah, meskipun bibir itu sedang tandus merekah. Hiasi jalan sendiri sebagaimana pelangi mewarna langit, sebagaimana pengabdi. Ketika tak lagi hidup terkenangkan mati, rugi. Kerana aku kau, mesti.

"Nasib terbaik adalah tidak pernah dilahirkan" - Soe Hok Gie

4 comments:

Unknown said...

senyumlah walau luka masih tersisa :')

Unknown said...

Dalam keadaan begini, senyum itu satu kegigihan :)

Felly Sophia said...

Hidup memang tak pernah ingin kita senang. Sebab tu kita kena cari ruang. :)

Unknown said...

Sungguhpun terjumpakan ruang, belum tentu dekorasinya yang indah indah. Tetap, payah.