Kerap terpukau menghalwa mata
Jinjang perawan tumit sejengkal
Menggoncang jaka separa khayal
Primadona
Cantik memang cantik
Kerap dipujakan suara fanatik
Menopeng sebalik wajah kapik
Dia untuk dia
Mereka untuk dia
Kita semua jadi dia
Terbalut dalam telunjuk
Terlutut kepala angguk
Permaisuri drama lagak pentas
Ego melangit merak kayangan
Mahu punya dunia sendiri
Pinta seri mahligai abadi
Persetankan
Wujudnya cuma untuk dilihat-lihat
Wujudnya cuma untuk dilihat-lihat
Hadirnya kerna takut dimomok kesepian
Sehinggakan rela memplastik diri
Sisa terbanyak di muka bumi
Setelah kau kenal
Apa itu sebab untuk diri terbiarkan bebal ?
2 comments:
kadankala jika itu pilihannya, siapa kita untuk berkata apa. Begitu mungkin?
*senyum*
-AsaSiaga-
Sepatutnya memang begitu. Maaf kiranya ini seperti menyinggung, Anggaplah sekadar zahiran rasa berlandas emosi. :)
Post a Comment