30/12/2012

AKHIRNYA MULA

Ruang gelap yang menutup cerita
Sedikit desiran kipas disiling 
Mengiring rasa ingin pergi jauh lagi
Masih gelap, masih memerap

Terkadang mata pinta cahaya
Selak sedikit celah jendela
Buruk, jelas buruk diseberang 
Pemandangan tertutup satu blok kasar

Celakanya rasa yang terkurung
Seolah yang terbang pergi itu
Tercipta dari perca-perca mimpi
Sedangkan jasad menyelubung diri.

Akhirnya mula
Satu bahagian paling atas
Mematikan setiap saraf 
Cuba mendefinisikan angka dua satu
Dalam bentuk tersempurna

Gagal dirangsang lagi.

24/12/2012

RAWAK

Tuhan
Isikan aku dengan dia
Tuhan
Penuhkan aku pada dia
Tuhan
Buang kan dia supaya aku dapat mengisi dia

Yang memang kosong tak dapat diisi
Yang baru mengosong pinta diisi
Yang penuh tetap mahu diisi

Ah, perasaan
Kosong mahu penuh
Penuh mahu penuh
Melimpah semua

Cari tuhan lagi.

20/12/2012

ENTITI MIKRO

Aku entiti mikro 
Menyatu sama debu dan kotoran. 
Selesa seolah punya talian.

Aku entiti mikro
Tepok kaki untuk berdiri, terkulai tangan mahu digenggam.

Mengekal pesimis merenjat saraf

Aku entiti mikro
Sedaya upaya mengredusi degup nadi 
dari terus memati.
Pinta sedikit masa lagi.


Aku entiti mikro
Yang terlantar bogel. 

Hina yang tak dihina, wujud untuk tidak diperlihat

Aku entiti mikro
Kadang hinggap pada rongga mimpi. 

Berilusi dalam mencari solusi.

Aku entiti mikro
Berduniakan kekhuatiran.
Gentar pada yang dinama 'susah'.
Kekal tidak usah.


Aku entiti mikro
Tanpa berjasad meraba diri menghafaz identiti
Makanya terdiam ketandusan impi.


Aku entiti mikro 

Berterbangan pergi 
Ditiup sinisan deras wajah-wajah pemeras cita

Aku entiti mikro 

Yang tak terlihatkan
Melambai sayu mahu terwujudkan.

15/12/2012

MERAPU

Aku tersampuk lagi
Yang mana disetiap posisi
Aku nampak wajah kamu
Fenomena asing 
Dialami oleh aku seorang

Tidak terlalu kerap
Kala cengkerik mengisi bunyi
Waktu puncak gelap melikat
Kamu memenuh ruang akal
Bicara sesuatu menembus khayal

Suara kamu yang tak didengar
Namun setiap isi cukup dimengerti
Kamu senyum manis
Kamu lambai mesra
Menggetar segenap frekuensi jiwa

Ah!
Gosok mata tepuk pipi
Bodoh punya mimpi
Ini semua fantasi
Takkan bawa aku kekamu

Aku sewel 
Berhadap situasi rekaan sendiri.


JARUM DURJANA

Bibit halus membadai rakus
Meruntun setiap yang terwujud
Cukup satu mulut jadi dalang
Segar menghijau lalang sepadang

Kerap diasonansi suara benci
Intonasi merdu melodi harmoni
Mendenyut nadi pada diri
Dusta dibenar meresap kehati 

Setiap kata yang menyinggah
Membunuh sebelum dapat disanggah
Yang tiada bersalah
Luluh ditatap sinis menjadi pengalah


11/12/2012

WARAS

Kemudi ke laut paling tenang
Yang dasarnya penuh pusar
Terbang ke arah paling terang
Tidak sadar angin menggoncang

Kau tabrak

Riang kau menginjak-banting
Tanah yang hampir meretak
Lukis pelangi sendiri
Pada dinding lindungan sengsara

Tetap kau tabrak

Ke mana arah kau kemudi?
Menyimpang pada yang lurus
Menyondong pada yang tegak
Tanyakan lagi ditepukkan pipi

Sadarlah gila!
Kau masih tetap waras
Yang liar menggila itu dunia
Mari kembali, 
Gila!

Nak je aku tumbuk muka kau bhaaa! 

08/12/2012

MASIH

Mengenakan bodoh pada ikrar
Menghiaskan lurus pada janji
Membangang diri
Bait sama dilaung-ulang

Akur statik
Terikat gelumang rasa
Tiada lain
Masih kau seorang.