25/11/2013

OTAK AKU PUNYA HAL.

Sedang aku scroll down garis masa di FB, post post seperti semalam, kelmarin malah 3 tahun lepas tetap status status kebiasaan terpampang meriah. Tak cinta, politik, atau pun doa dalam sujud. Dan aku sedang takda hati berlegar di Twitter waktu tu. Sepatutnya aku dah tutup pc, dan cuba tidur.  Entah kenapa aku rasa bangang malam ni. Mungkin sama bangang macam semalam, kelmarin dan 3 tahun lepas.

Sehinggalah ada satu pautan dikongsi oleh seorang kawan. Not actually friend, but friend. Ah, atas pengiktirafan FB, bukan aku. Lagipun itu dilema biasa dalam sosial website, kot. Maka aku betulkan gesture duduk sambil bakar rokok yang dari tadi melekap di bibir, dan aku tekan pautan tu.

"Right brain? Left Brain? Take the test". Aku tak tahu prof atau doktor neurologi mana yang bikin test ni. Pedulilah sahih atau tak.Tak kisahlah dia yahudi ke majusi ke, test ni dah buat aku lupa tentang perasaan bangang aku beberapa minit lepas. Jadi aku klik start dan tarik dalam dalam asap rokok.

Kalau aku imaginarikan, situasi ni boleh jadi real bila aku dapat duduk dalam satu bilik bersama seorang doktor. Ya, dia seorang makwe cun dan ditangannya memegang beberapa helai kertas. Seolah seorang pesakit psikiatri, dia hidangkan aku dengan beberapa soalan, entah 7 atau 8 soalan. Mungkin, itu sesi menjawab soalan paling tenang aku jalankan sambil menghabiskan sisa rokok yg hampir kepuntung dan makwe cun depan mata. Siap!

"You use your brain equally"

Untuk takat ni, aku dah seratus peratus pedulikan tentang kesahihan test ni, sama juga tentang perasaan bangang yang aku alami tadi. Dengan keputusan 47% Left Brain dan 53% Right Brain, aku tak puas. Tak accurate dengan selama ini aku percaya bahawa aku pengguna otak kanan. But, this result enlighten me something.

No wonder, i can talk about both logic and fantasy. Terperinci kadang remeh, intuisi kadang rasional. I am equal! Macam baru diangkat konkrit persoalan yang seumur hidup menekan dada, nafas yang dihela waktu itu adalah yang paling melegakan. Dan aku cemarkan lagi dengan sebatang rokok.

This result suddenly lead me to another theory. Menulis kiri, bergitar kanan dan menyepak bola keduanya. Memang most of aktiviti aku buat guna tangan kiri, tapi tak semuanya. Walaupun aku tak pasti teori fungsi otak kedua dua belah ini terhadap kekidalan yang cacat aku ni ada kena mengena atau tak, aku dah mula percaya otak aku both working equally. Mungkin, kalau aku buang kemalasan aku ni dan mula praktikkan melukis dengan kedua belah tangan atau bermain drum dan keyboard at the same time,  aku akan masuk reality show akan datang

Ah, tak kisahlah otak mana pun kita pakai, kebangangan tetap masih berlegar di ruang FB. Sama macam aku rasa tadi, semalam, dan 3 tahun lepas. Pasal, bukannya aku tak pernah tergolong dalam kebangangan tu. 

Tapi, nasib baik jugalah aku ada otak.