Mungkin 'kita' kita aneh
Kerna aku kau belum jadi kita
Kerna tanpa cerita manis kita
Mungkin tisu batu takkan bersatu
Kerna prolog sumbang tentang kita
Segala mungkin
Aku kumpul
Lalu ronyokkan
Menjadi gumpalan gumpalan magis
Yang bisa buat aku terpercaya lagi
Bahawa ini bukan akhiran
Bahkan belum bermula
Hari ini
Rentang masa jadi bukti
Sekali lagi
Tuhan beri peluang
Peluang buat kita
Kongsi dunia sama
Dunia kita.
Kita
Takkan lagi kita yang di mana
Aku terus memperaga jiwa
Engkau berpaling tanpa kata
Waktu itu, takkan lagi
Selamat ulang tahun, Triple-C
Moga umurmu dipanjatkan lagi.
Untuk aku dapat terus mencari 'kita'
Dalam bentuk tersempurna.