21/04/2013

HAI

Aku pejuang belum tumbang
Mati kerap berulang
Membiar jiwa digigit gigit
Satu jenis rasa yang kau suntik
Cinta
Cinta
atau
Cinta

Bodoh
Bodoh
Dan
Bodoh
Kerap berlabuh di persisir cuping
Aku lalaikan dengan senyum
Percaya mendung takkan berlama
Berarak pergi menerang cahaya

Tidak kira aku diterlupakan
Atau sengaja kau hilangkan
Atau kita tak sempat menjalinkan
Mungkin
Tak apa
Kita mula dari mula

"Hai, aku Wan. Selamat berkenalan."


#np Green Eyes by Akeboshi

17/04/2013

TRILOJITAIK

Semalam --
Aku ambil sebelah sayap dari pihak A
Aku ambil sebelah sayap dari pihak B
Lalu aku sulam dari bahu ke pangkal lengan
Aku boleh terbang

Hari ini --
Sayap aku ambil dipatah kedua-duanya
Oleh kedua-dua pihak
Renggut, rancak, rakus

Esok --
Aku, tanpa sayap, dalam keadaan payah,
Masih boleh terbang
Masih boleh.

14/04/2013

LETIH

  Dia yang separuh telanjang(menggigil kencang), duduk termangu di kotak pikir, pada peringkat akhir garis masa, longlai tak bermaya.

  Baru sebentar tadi kepercayaannya dicarik-racik, lalu pegangannya dihiris-kelar serta tubuhnya dihumban ke persisir hidup. Dua jalan dari dua pengangkara, setiap satunya pada jalan masing-masing menabur belati yang terhasil dari warta dusta, tusuk demi tusuk merangkul minda, erat. Tidak cukup, dialunkan pula suara suara hamis, hancing bergema menerobos corong telinga, pada setiap satu jalan(kedua-duanya) sehingga loya. Terpaksa dia muntahkan semua sebelum akhir keputusan, setelah puas berulang alik mengheret tubuh menyusur kedua jalan.

  Dia yang separuh telanjang(menggigil kencang), keluar dari kotak pikir, pada peringkat akhir garis masa, longlai tak bermaya --
Pilih untuk persetankan semua, lalu berbaring dalam posisi meringkuk, berselimutkan belati dusta yang bersepahan, senyum sinis dan berkata secara individu, "Heh, semua ini celaka".

02/04/2013

KETIKA TAK LAGI

  Ketika tak lagi mampu menari ditiang tiang goyang. Ketika tak lagi ringan dibibir mengukir senyum riang. Hidup, senang, tapi untuk bahagian sialannya, lebih senang. Aku lihat orang senang, tapi dia sendiri rasa susah, aku lagi payah. Woi, kau tengok jalan aku, apa ada? Cuma gema, tapi aku susur sambil bersiul siul selamba. Celakakan? Hidup, satu keterpaksaan. Aku dan kau, sebagai peminjam yang tak pernah minta untuk meminjam. Pengabdi jalang yang merangkak mengheret tubuh ke jalan pulang. Jadi, menarilah biarpun tiang itu sedang roboh merapuh. Senyumlah, meskipun bibir itu sedang tandus merekah. Hiasi jalan sendiri sebagaimana pelangi mewarna langit, sebagaimana pengabdi. Ketika tak lagi hidup terkenangkan mati, rugi. Kerana aku kau, mesti.

"Nasib terbaik adalah tidak pernah dilahirkan" - Soe Hok Gie