Jika kita dibenarkan sekali lagi menjadi seperti semalam, ingin aku ubah rentak hambar yang memamah hati kau sedikit demi sedikit menjadi luka terdalam yang tak pernah aku sangkakan ada.
Manusia dan kesilapan sering berpimpin tangan dalam mengharungi kehidupan. Hari ini aku jatuh. Aku di ketawakan yang dinamakan penyesalan, dan kesilapan sudah berlari jauh meleraikan pegangan tangan. Selama aku alpa, aku sangka kau bahagia, dan akan terus bahagia. Aku percaya kau bahagia.
Aku mahu teruskan kehidupan, tanpa rasa sesal yang berkubur selamanya di atas jalan kita. Masihkah kau mahu menerima? Atau sememangnya sudah terlalu mustahil untuk semalam berputar semula?
Dan antara ribuan persoalan, ada satu yang paling aku tertanya, kenapa kita takkan lagi menjadi seperti semalam?
Aku mahukan peluang.
No comments:
Post a Comment