26/09/2012

BUNTU

Tak dapat duduk, aku berdiri
Tak dapat terlungkup, aku tertonggeng
Tak dapat berdiam, aku membising
Mana ? Mana ?
Teriakkan sumbing menggaru kepala
Dah aku selak celah imaginasi
Dah aku tanyakan logik spesifikasi
Yang ada cuma sisa basi
Yang takkan merasa rating tertinggi

Oh, janganlah sembunyi lagi

Aku dah penat tercari-cari

melahirkan sesuatu idea tak semudah ABC. celakakan?

23/09/2012

UBAH

Telah aku ubah title untuk ruang ini
Atas sebab yang aku sendiri masih tertanya kenapa
Mungkin mahu lebih nampak mudah
Mungkin sekadar suka-suka
Entah
Begini agaknya cara orang yang selalu tidak tetap
*mencebik

Dan jangan ditanya mana datang title sebegini
Aku kadang ikutkan kehendak lintasan otak
Apa yang terlintas terus aku olah
Lagi pula, 
Mungkin aku penggemar warna kelabu 
Apatah lagi dikontras si biru muda

Ah, penting sangatkah itu semua?
*mencebik lagi

Yang diubah cuma pada apa yang dilihat, tidak pada apa yang dirasa
Setiap susun isinya langsung tidak aku cuit.

Ini serius :)

22/09/2012

SEKADAR CUMA

Aku memetik gitar 
Bukan kerana mahu disanjung di atas pentas
Aku belajar melukis
Bukan sebab mahu lukisan itu digalerikan
Aku menyepak bola
Tak bermaksud mahu berada di arena sukan

Taksub cintakan kepelbagaian
Aku mahu jadi pelangi
Tidak kekal dengan satu warna
Aku tamakkan kemahiran

Disetiap mana yang aku cuba
Bukan mahu menjadi hebat
Sekadar tahu
Cukup buat aku puas

Aku memang begitu
Sekadar cuma untuk sesuatu...


21/09/2012

YANG PERNAH

Suatu yang pernah itu
Tidak pernah menjanjikan
Yang ia tidak akan kembali setelah ia pergi

Dan sekarang ia sudahpun kembali

Tanpa perlu diarah tunjuk
Ia tahu mana harus dituju
Ia tahu mana tempatnya

HATI INI. 


15/09/2012

'PENGHANCUR'

Definisi cinta aku itu kau
Lubuk terdalam
Puncak tertinggi
Semua yang ter'paling' itu
Sungguh buat kau.

Aku tahu kau tahu,

Sisip perasaan ini 
Masih aku selit
Aku ulit
Tetap dikekal sulit
Rapi dibalik kulit.

Serius,

Ini bukan mengacah balik jendela
Terang-terang nampak cahaya
Cuba kau punggah semula
Ada rasa itu disetiap sela.

Aku tahu kau juga mahu,

Cuma
Jiwa ini pesimis
Gagal lagi memecah kodeks
Setiap yang kau hidang
Selalu saja aku terbuang
Aku lihat
Aku nampak
Tapi entah kenapa aku campak.

Ya
Aku bukan si romantis
Jiwa aku kritis
Bunga tidak harum
Kata tidak indah
Ini sejujurnya aku.

Yang paling manis dapat aku beri
Buat kau si penghancur...


Dear KSB #Crush

12/09/2012

ESOK

Andai esok aku tak datang cari kau

Mungkin sebab aku sedar aku tak perlu

Tapi esok tak kemana mana

Tetap ada 

Andai esok aku dah berjaya

Kemungkinan esok kita jumpa lagi

Untuk aku bersama kau untuk keesokkannya..



TIGA TAHUN

"Tunggulah, itu mahu engkau"
Kata kau
Tak memungkinkan apa-apa
Tak menjanjikan apa-apa

Ini janji aku sendiri

Untuk tiga tahun ini
Aku serah diri ke engkau
Sebagai bukti

Aku dan tunggu

Itu sememangnya sudah sebati...


Satu tahun sudah pun aku langsaikan...


TERGANTUNG

Terbangkit jiwa, terhapus lena
Suatu cahaya menerang gelita
Apakah datang mengiring bahagia? 

Apakah sekadar membekal noda?
Sedar-sedar hati di takluk rasa
Oh,aku terkena
Rasa itu celaka
Tak terima
Malah tak menolak
Rasa itu tak cerewet 
Satu jalan diantara dua
Ditakluk, dijaga
Aku suka
Ditakluk, diseksa 
Aku duka

Aku jadi bingung

Biarkan diri ini ditakluk
Sedangkan jawapannya entah kemana.

11/09/2012

CATATAN LAMA - WAKTU

Kudrat ini 
Takkan mampu memintas putaran dua bilah jarum waktu
Namun mengejarnya itu harus
Jangan berdiam

Jangan terlalai
Usah bersungut
Usah merengus
Kelak ketinggalan kau ditelan masa
Kejar bukan bermaksud untuk kau pintas,
Kejar hanya untuk kau seiringan bersamanya

TENTANG AKU - PROSES

Rasa bila dah yakin jalan yang di pilih tu betul
Rasa bila baru tersedar yang sebenarnya dah salah jalan
Rasa bila dah tersadai kat jalan tu
Rasa bila nak patah balik cari jalan lain
Rasa bila dah patah balik tapi tak jumpa jalan lain

Rasa bila dah sedar sebenarnya kat jalan mula itulah jalannya
Rasa bila tak perasan ada jalan yang patut dibina sendiri

Rasa tu, PEH !

Kalau ikut kepercayaan orang dulu dulu,
Mereka akan kata -


"Kau ni suwei, kena mandi bunga buang suwei"

Bak kata seorang kawan aku pulak -


"Perancangan itu satu kegagalan"

Lain kali kalau nak buat sesuatu

Tak payah fikir

Tak payah rancang

Kita langgar je


Hell yeah....

CATATAN LAMA : PELUANG

Tolong jangan lambatkan aku yang sedia lambat
Berhenti sebentar, beri aku ruang 
Tak terpetik picu kalau sasaran sentiasa bergerak
Tak cukup bergerak, pandai pula mengelak
Aku buta , tak celik macam orang lain

Aku sumbang , tak merdu macam orang lain
Aku tempang, tak laju macam orang lain

Tapi aku ada ,
Dan keberadaan aku tak sama macam orang lain
Tak sama seperti yang kebiasaannya..

07/09/2012

PICISAN

Kepingan itu
Masih dikekal situ
Tak terpandangkan dipusuan manusia
Tak dihirau asyiknya dunia

Kepingan itu

Tetap berteman hujan dan panas
Kerap dipakai kusam dan karat
Sendiri
Kosong
Sunyi

Jadi apa guna wujud jika tiada dinilai?

Terperosok didunia tiada yang tiada
Semata untuk menadah lekehan mereka?
Kejam, sungguh mereka kejam

Tapi nanti dulu--


Mana mungkin

Tiada yang tiada guna setelah ada
Cuma jalan cemburu kadang menduga
Visi pula di gugat-ugut mata-mata yang iri
Tuhankah mereka untuk dia pohon rezeki?

Jadi kepingan itu masih dikekal situ

Tahu wujudnya bukan untuk di situ selama-lama
Sampai masa, cukup waktu
Leburlah dia bersama kepingan yang senasib dengannya

Nanti waktu itu
Waktu kepingan itu berubah baru
Terasa bernilai
Tampak berkilat
Maka waktu itu
Lantanglah dia ke mereka

"AKU BUKAN LAGI PICISAN"


CUBA ATAU PERGI

Tak sempat rambut aku tarik
Tepung terhambur terselerakkan
Sungguh aku longlai meng-iya hati
Sungguh aku mahu angkat kaki
Si tua kata jangan tunggu lama lama
Tertunduk kemab aku tidak bercakap

Melepas takut bergerak tak hendak

Aku mengharap
Ini bukan sekadar meminta tanduk pada kuda
Biar ada sedikit cuma
Kerana
Aku opportunist menunggu kebarangkalian
Mahu membina jambatan
Banyak bertukang dimulut mengikat tangan



- lack of self-esteem -

06/09/2012

TENTANG AKU - ILMU

Dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris
Dari Agama Islam ke Sejarah
Dari Matematik ke Sains
Dari Fizik ke Matematik Tambahan
Dari Kimia ke Biologi


Tapi --
Aku terkandas
Hilang arah
Semua gara gara minat
Minat yang tak diselaras dengan usaha

"Subjek extreme? Ini kerja gila"

Masalah utama bila terlampau dengan sifat 'M'
Aku tak pernah fikir tentang kemampuan
Cukup terasa berat hanya memandang,apalagi mahu dipikul
Hujung-hujung aku sesat dalam kelompok 'bijak' ini

"Awak pandai Ridzuan, tapi awak malas"

Itu baru permulaan
Permulaan aku yang agak tidak memberangsangkan
Siri tersalah pilih terus berlanjutan hingga sekarang
Aku terus mengumpul hutang
Masih belum mampu membayar hutang ke orang yang telah aku kecewakan
Belum
Belum lagi


"Selagi kita hidup, ilmu takkan habis digali"


Hari ini--
Walau aku masih bergelar gagal
Walau aku sudah berkali kali gagal
Tetap takkan bermakna gagal selamanya
Jalan tetap ada, harapan masih bernyawa

InsyAllah akan aku gunakan dan InsyAllah akan ada keperluan dalam setiap ilmu yang pernah aku pelajari...

SI ABANG BETUL

Mahu aku biarkan dia 
Tapi -- 

Dia terlalu taksub dengan hujah
Sampai dia tak pandai beralah

Meskipun sekali dia beralah
Dia takkan pernah terima yang dia salah

Tapi aku sedar
Dia tidak ikhlas berhujah
Meski dia sungguh-sungguh
Tetap tidak nampak ikhlas
Aku pasti
Niat dia tidak lebih dari mahukan perhatian

Banyak kali dia hentam individu kaya ilmu
Banyak kali juga dia hentam individu guna ilmu dekati gadis
Tapi dalam setiap penulisan dia
Entah kenapa aku nampak diri dia sendiri

Tolong --
Berhenti jadi orang yang menyakitkan hati
Berhenti jadi tin berisi tapi bila berdenting tetap membingit telinga
Biarlah jadi seorang canggung dari suka melolong

Selalu aku diam

Selalu aku cuba pandang yang baik..
Tapi sampai bila ?
Takkan nak tunggu sampai busuk di dada?

Ya
Ada silap pada setiap baris ayat diatas,,
Itu biar aku akui
Biar aku tanggung sendiri
"Banyak bercakap banyak salahnya"
Kata orang

05/09/2012

LOVE

When your body gets hurt,
Blood come from the wound,

And that can make it look so painful,
But after sometime pass,
The pain fades away on its own,
And if use medicine,

It heals even faster,
But the problem is with wounds in your heart,
There's nothing here,
That can help fix those,
Wound on your body,
And wound in your heart,
Are kind differrent,
Unlike wounds on your body,
There's no medicine that can treat it,
And they can stay on your whole life and never heals,
There's the only thing,
That can help heal a wounded heart,
But it's difficult medicine to get a hold of,
Because you can only receive it from another person,
What its that?

"LOVE''..

CATATAN LAMA - SEMINIT LEPAS

Terpintas lalu cerita sepi
Lama,tidak terlalu lama
Paksa mengungkit bangkit dari celah rasa

Menyerabut segelapnya malam
Itu dari seminit lepas...

Tak terganjak kalau ini bukan tentang hati
Tentang jiwa-raga
Tentang rasa-gila
Tentang janji-mati
Semua luhur aku ke dia..

Dari seminit lepas --
Aku sempat keliru tentang celaru yang pernah ada
Itu sudah lama,,tidak terlalu lama
Duduk menakuk dalam benak ...

APA DIA JUGA ADA RASA ?

Dekat dirinya aku selalu
Dekat hatinya belum sempat aku jamah
Dihumban aku ke kotak yang sama
Tempat mula aku duduk
Ini bukan mahu aku
Aku tidak mahu terus disitu
Bukan duduk sama rata sesama lain
Aku mahu lebih....

Soalan yang tak tertanyakan itu terus berdiam
Sungguh aku petah-fasih-petes
Aku tiba jadi manusia gua
Kekok
Canggung
Janggal
Bila tiba rasa ke insan gurauan semeja...

Dari seminit lepas --
Aku sedar aku masih ternanti
Entah untuk apa
Boleh jadi harapan membisik nantikan jawapan
Aneh
Aku cuak berdepan
Cukup bertentang aku kecut-perut
Kalau dah begini aku,,
Ribut badai pun pokok tak bergoncang...

Jadi dari seminit lepas --
Aku tangguh lagi cerita ini untuk seminit akan datang...




FRIENDZONED memang memedihkan.

CATATAN LAMA - PELAMPAU

Tanpa bertali kau ikat aku 

Tanpa berkeringat kau campak aku 


Sungguh tidak dilakukan engkau 


Aku terasa begitu 



Atas suatu perkara yang kau tak lakukan

 
Bukan salah kau 


Tapi tetap --


Kau Pelampau

VS TEKNOLOGI

Suatu dimensi baru buat aku tersepit
Sudah menunjuk simptom tapi ini bukan penyakit
Global modenisasi memaksa aku menjerit
Memayakan diri sosialisasi diseret...


Mata tertumpu pada satu petak kecil
Berada dipusuan orang tapi tetap memencil
Jemari ligat berlegar menari diatas kekunci
Dunia hujung jari atau alasan ciptanya satu ilusi...

Patah perkataan sehari boleh dihitung dengan jari
Pergerakan jari tak dapat dihitung dengan mulut sendiri
Semua orang boleh lantang tanpa perlu berlolongan
Semua orang boleh ramah tanpa perlu berjabat tangan...

Sedarkah kita sudah terinfeksi
Ini bukan virus ini gajet pelbagai variasi dan versi
Apa ini realiti zombi apokalipsi ?
Tidak reput daging tapi adab dan tradisi...


04/09/2012

KAKI MAKI MINTA KAKI

Aku tak faham,
Kenapa mesti menghina caci bila dia beri kau perit ?
Kenapa mesti sumpah seranah bila dia bikin hati kau sakit ?
Sudah, tentu sekali, dia pilihan kau sendiri.
Salah siapa tak hati hati?
Salah siapa membabi buta?
Tolong.
Ikutkan kata kasar,
Kau tak ubah macam tong sampah yang memekung bau dari terhidu...

Kaki maki mintak kaki...

SEBELAH TANGAN

Aku belum penat
Membakar yang tiada wujud apinya
Setiap perinci suatu yang pernah
Masih lagi dikekal pernah..


Dan biar bila dikata aku bodoh 

Tetap yang diatas langit menentu jodoh 
Walau bersiul sambil menganga 
Masih aku pilih untuk menjadi tidak sama..


"Hey, aku disini !"


Teriak hati kecil mahu terwujudkan 

Kejarkan engkau yang tak berlarian..


Tidak cukup-- 

Pernah kita berbisik kedengaran
Sudah kita berkopi secawan 
Kenapa waktu ini ?
Ah, kenapa engkau tak membongkar-gali ?
Ah, kenapa aku masih sembunyi diri ?


Masih tetap aku disini 

Sedang membakar yang tiada api..


Masih belum penat

Tetap-- 
Aku disini..