30/10/2012

SUARA

Dia yang berdiam
Jangan terus dituduh bisu
Mungkin suaranya merdu berlagu
Mungkin nadanya bernas berperilaku

Dia yang lantang
Kerap berbait taburan bohong
Kelantangan penuh isi kosong
Pincang maksud layak ke lohong

Semua punya suara
Semua punya rasa
Cuma suara dan rasa
Selalu tersimpang pada cara

Ini suara bisu aku
Bilang tidak pada semua
Selama menelan butiran garam
Kebanyakkan tampak begitu

Seperti aku
Sumbang semua.


29/10/2012

EKSISTENSI PRIMADONA

Merah mungil bunga mawar
Kerap terpukau menghalwa mata
Jinjang perawan tumit sejengkal
Menggoncang jaka separa khayal

Primadona
Cantik memang cantik
Kerap dipujakan suara fanatik
Menopeng sebalik wajah kapik

Dia untuk dia
Mereka untuk dia
Kita semua jadi dia
Terbalut dalam telunjuk
Terlutut kepala angguk

Permaisuri drama lagak pentas
Ego melangit merak kayangan
Mahu punya dunia sendiri
Pinta seri mahligai abadi

Persetankan
Wujudnya cuma untuk dilihat-lihat
Hadirnya kerna takut dimomok kesepian
Sehinggakan rela memplastik diri
Sisa terbanyak di muka bumi

Setelah kau kenal
Apa itu sebab untuk diri terbiarkan bebal ?

27/10/2012

KONON

Suara tak berisi
Sorok dalam puisi
Lagak hipster pakai gigi besi
Sorak julang urbanisasi

Kau berbahasa baku
Aku otak beku
Hadam satu-satu
Belum kenyang ramas buku

Kau cipta madah baru
Aku cipta cetak biru
Sampai tahap guru
Aku senak ditumbuk keliru

Kau terpaku
Aku terharu
Masih dalam bab satu
Cukup rancak kompang nan bertalu

Konon
Benar tulis pakai jiwa
Benar lahir dalam rasa
Tapi tetap konon




Kononkan aku ? Sepanjang 12tahun persekolahan, tak pernah aku hargai/meminati bahasa. Baru sekarang aku jatuh cinta. Jadilah aku, si budak mentah yang  konon ini.  :)

YANG BENAR

Tunjukkan lagi
Atas suara senang
Atau perut kenyang
Mana satu kau pilih ?

Bila tambah kau
Kita jadi dua
Masuk yang ketiga
Makin beramai
Makin semak

Mana satu tulus?
Cuba selak celah susah
Eh, tadinya ramai
Mana pergi ?

Tinggal kau kau dan kau.
Apa lagi mahu disini ?
Apa lagi mahu kau ambil?
Aku sudah bogel
Aku sudah togel

Jadi kenapa masih disini?



23/10/2012

KOMPLEKS

Tidak sekali aku duga
Pada awal yang bersahaja
Pada bukan pandang pertama
Diri dirasuk namanya cinta

Kenapa?

Dia
Kecil mungil
Laku kasar
Meleret manja
Dan dari setiap khalikah
Aku mampu jawab 'entah kenapa'

Namun Payah

Tidak sekali lagi aku duga
Rasa itu membunuh mesra
Dilambung pergi jauh melara
Tidak sekali membenar
Hati tulus diluka perih
Menukar teman berganti kasih

Faham

Tapi ini perihal rasa
Menderas hadir semahu ia
Dan perginya tak boleh disuruh-suruh
Setiap perinci disuruh patuh

Terasa dihempap konkrit sesal
Sesak bangkit dari khayal
Aku ini pengkhianat
Binasa satu hubungan mesra 
Kerna aku pakai cinta.




Andai kau boleh faham, lupakan hasrat aku. Tak guna cinta kalau tak dapat bermesra. Daripada minta engkau menerima, lebih baik aku minta engkau tidak menjauh. Andai saja kau boleh faham :)

19/10/2012

TAKUT

Aku takut aku bukan manusia
Aku takut tersasar jauh dari rantai norma 
Aku takut situasi yang belum aku tahu
Aku takut keadaan yang sudah aku lalu

Dan disetiap momen
Sentiasa
Lebih dari sesiapa
Aku terpaling takut akan diri sendiri.



inspirasi daripada sedutan anime pandora heart

DUA MUKA

Habis ketawa semalam
Aku taburkan semua 
Berselerakkan dikutip setiap seorang
Biarkan mereka tetap senang

Tetapi
Bila dirujuk pada sudut sembilan puluh 
Aku diperlihatkan satu dusta besar
Permainan sosial yang membuka mata buta
Sampai mati semua tulus pada hati kudus

Teman sekalian
Buatkan aku percaya ikhlas
Tunjukkan aku bukti belas
Aku mahu itu
Mahu kamu dukung aku

Tanpa pakai senyum palsu. . .



09/10/2012

MANA BEBAS ?

Bodoh
Dua satu tahun aku hidup
Baru kenal apa, mana, bila bebas
Hikayat yang sudah lama terbabas

Cuba kembali kelampau aku
Zaman gelumang maung tanah
Becak selut aku redah
Serba tiada rasa gundah
Tidak erti apa masalah

Waktu itu,
Aku pemerintah, aku raja
Minta apa saja
Suruh walaubagaimana
Dikekang tetap bersahaja

Bila nombor bertambah lagi
Aku mula terasa disekat
Hati menempelak aku bersalak
Mahu bebas dari kuasa mutlak
Berani bercakap guna hak
Gelodak jiwa berontak

Sekarang
Kunci emas sudah ditangan 
Kuda sudah lepas dari pingitan
Pergilah aku membebas diri
Cari hidup cara mandiri

Waktu ini
Aku mahu aku cari
Aku suruh diri sendiri
Aku arah tiada yang kemari
Aku malas tak mampu berdiri

Beginikah rasa bebas ?
Terkebil aku diam membatu
Tangan mula menongkat dagu
Mana hilang keterujaan ?
Mana pergi keghairahan?

Jadi mana bebas ?

Bodoh
Dua satu tahun aku hidup
Baru kenal apa, mana, bila bebas
Hikayat yang sudah lama terbabas

Aku yang lampau itu bebas !




DARJAT

Kau kata
Lantai takkan mungkin duduk di atas kaki
Mana mungkin dan tak akan !

Aku kira kau sempit
Skop pemikiran belum cukup rumit
Jadi aku naik ketingkat dua
Lalu aku jerit
Hey tolol !
Dongak kepala batu kau
Bagaimana sekarang?
Dimana aku berpijak ?
Umbun kepala kau kah?



08/10/2012

IGNITE

I can feel the heat from source of unknown
I can see the light shining out of nowhere
Is it only me or you feel the same ?

I'm chasing you wisely
But things never running smoothly
Trapped in a rough surface
Between a rock and a hard place

From now on
Let me seize my last embrace
My unbearable lust
My endlessly desire
Until i find out what is going on between us

Even a lone wolf need a mate to reach the moonlight
To get the power of ignite.


Mahu salahkan nasib jika aku jatuh cinta pada sigadis yang punya hati yang sekeras-kerasnya ?
Dan maaf kalau english aku seperti grammar nazi's. :)



07/10/2012

SIMBIOSIS



Dalam dunia cinta 
Tiada pernah wujud beza
Hadir dalam sesama warna
Lahir dari sesama organisma

Rembesan dari puing-puing cinta ini
Buat aku dan kau terlupa
Kita tak punya sama atmosfera
Diamat teliti jelas kontra

Jadi
Tolong jadi aspirin bikin demam aku kebah
Aku boleh jadi nada peneman saat kau hiba
Sembuh segala penyakit
Tiada lagi irama melankolik. 


02/10/2012

NORMA SEORANG ROBOT

Selak hari baru
Ianya seawal 6.00pagi
Ketika belumpun mentari menjengah langit
Beburung belum meninggal sarang
Embun belum habis tertitis
Hanya hari baru
Isinya tetap sama

Sudah dikafankan rasa malas
Habis dinisankan sampai teras
Keterpaksaan membuka mata
Kelangsungan hidup terasa celaka

Masih belum sampai
Dari satu jadi dua
Dari dua membawa ketiga
Tiada masa mahu berdiskusi
Semua jadi hilang toleransi

Ini lagi satu
Si buncit tersandar dikerusi beroda
Mengarah mengerah 
Mahu lahir insan produktif
Alasan cipta untung sendiri

Not kertas punca kuasa
Yang terpaksa jadi rela
Yang keras jadi perca
Ruang yang penuh desakkan
Medan perang mencari makan

Kenapa melembukan diri untuk si lembu ?
Apa yang dia galas ?
Mana pergi rasa belas ?
Dia yang sepatutnya menjadi cermin
Sayang memantul mimik yang tiada

Tahu-tahu matahari mahu pergi lagi
Pulanglah membuang lelah
Matikan butang gerak
Pastikan esok tidak lemah
Untuk dihidupkan semula

Ya 
Rutin seorang robot
Tiap hari sama
SAMA...

PELENGKAP

Hari ini aku hidup tanpa teman terpaling rapat
Hari ini aku terasa hilangnya satu nikmat
Yang selalu meneman siang
Yang selalu membuai malam
Yang tak pernah berpaling muka
Yang terpaling setia

Hari ini
Aku terpaksa akur akan perginya
Mahu dicari ganti aku sayang
Mahu dibaik pulih tak berharapan lagi

Kau hanya sekadar peranti
Tetapi tempatmu tetap sukar dicari ganti
Teman paling dekat dihati
Serius
Sebelah aku sudah pun mati

yang paling tidak pandai menghargai barangan itu aku. tetapi bukan terhadap telefon bimbit. 
RIP Nokia X3-00